Malaysia privacy statement

Kenyataan Privasi Global Taleo

Privasi Anda

Permohonan anda dan sebarang maklumat lain yang diberikan oleh anda kepada kami (termasuk sebarang maklumat peribadi yang sensitif seperti keadaan perubatan atau sejarah rekod jenayah) akan digunakan oleh kumpulan syarikat BT di seluruh dunia (BT) bagi tujuan memproses permohonan anda untuk pekerjaan. Oleh itu, BT mungkin menggunakan data peribadi anda berhubung dengan penilaian dan pemilihan calon termasuk tetapi tidak terhad kepada menjadualkan dan mengadakan temuduga dan ujian, menilai keputusan dan apa jua yang sebaliknya diperlukan dalam proses perekrutan. Jika anda berjaya dalam proses pekerjaan, sebarang maklumat yang disediakan melalui sistem e-perekrutan ini mungkin membentuk asas rekod HR anda dengan BT.

Kami mungkin melaksanakan semakan pra-pekerjaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada semakan rujukan kredit dan rekod jenayah, penentusahan alamat, pengesahan kelayakan akademik, dan meminta surat perakuan majikan atau surat perakuan lain.

Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda bagi tujuan pelaporan apabila dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang dan juga untuk tujuan statistik kami.

Permohonan anda dan sebarang maklumat lain yang diberikan oleh anda kepada kami akan disimpan dalam sistem yang dikendalikan bagi pihak BT oleh Taleo Corporation, dan akan disimpan di UK dan negara-negara lain di Eropah. Taleo mengikat kontrak dengan BT untuk memastikan bahawa maklumat anda dilindungi hingga mencapai standard yang dikehendaki oleh BT selaras dengan perundangan perlindungan data tempatan dan hanya diproses selaras dengan arahan daripada BT.

Maklumat anda akan disimpan dalam sistem e-perekrutan kami bagi tempoh 18 bulan dari lawatan terakhir anda. Jika anda tidak log masuk ke dalam profil anda dalam tempoh 18 bulan tersebut, butir-butir anda akan dipadamkan secara automatik. Pemohon harus mengambil maklum bahawa mereka mempunyai hak untuk mengakses, memodifikasi atau memadamkan sebarang maklumat tentang profil peribadi mereka dengan mematuhi perundangan Perlindungan Data yang berkenaan. Untuk mengakses atau memodifikasi butir-butir anda, anda boleh berbuat demikian melalui sistem dalam talian kami melalui mana anda menghantar permohonan anda.

BT mungkin menyimpan sebarang maklumat yang diberikan terhadap permohonan ini bagi suatu tempoh masa yang mencukupi untuk membolehkan BT menyemak permohonan anda untuk pekerjaan, serta bagi tujuan pengurusan sumber manusia secara amnya. Jika permohonan anda tidak berjaya, permohonan anda akan disimpan bagi tempoh enam bulan bagi pemohon luar dan tujuh puluh dua bulan bagi pemohon dalaman dari tarikh makluman diberikan kepada anda, untuk membolehkan BT memastikan sebarang peluang lain yang terbuka untuk anda di dalam BT.

Anda berhak meminta sesalinan maklumat yang disimpan tentang anda, yang mana BT mungkin mengenakan fi untuknya, dan hak untuk meminta BT membetulkan apa-apa perkara yang tidak tepat dalam maklumat tersebut.

Dengan meneruskan permohonan anda, anda bersetuju terhadap pemprosesan data peribadi anda, termasuk sebarang data sensitif seperti maklumat kepelbagaian. Jika anda tidak mahu menerima terma-terma ini, permohonan anda tidak dapat diteruskan dan akan dibatalkan.